MOTTO SEKOLAH
Istiqamah Cemerlang Sekolah Gemilang
VISI SEKOLAH
SMKA KERIAN GEMILANG DI MALAYSIA PADA TAHUN 2010
MISI SEKOLAH
Memberi pendidikan berkualiti kepada murid berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam untuk melahirkan modal insan yang gemilang dan bertaqwa
MATLAMAT SEKOLAH
* Melahirkan pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.
* Memastikan pendidikan di sekolah dilaksanakan dengan berkesan, cekap dan amanah.
* Memastikan staf sokongan seiring dengan para pendidik bagi mewujudkan pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan.
* Mewujudkan iklim sekolah yang sesuai untuk meransang perkembangan potensi setiap pelajar.
* Memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan di kalangan pendidik, staf sokongan dan pelajar serta antara pendidik dengan pelajar.
* Menggalak budaya membaca dan menuntut ilmu dunia dan akhirat di kalangan guru, staf sokongan dan pelajar.
* Mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dan berusaha melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga pendidik dan staf SMK Agama Kerian dengan penuh tekad akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-
* Mendidik pelajar menjadi warganegara yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
* Menanam dan menyemai nilai-nilai murni supaya pelajar menjadi insan yang berhemah tinggi.
* Mengambangkan potensi pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum selaras dengan minat dan kecenderungan pelajar.
* Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan selamat untuk proses pengajian dan pembelajaran.
* Berusaha memupik kepimpinan Islam di kalangan pelajar.
* Memupuk semangat permuafakatan di antara selolah dengan ibu bapa, masyarakat dan agensi luar.
* Mengurus dan peka dengan masalah perkhidmatan dan perjawatan serta kebajikan guru dan kakitangan sekolah.